Depression

I Don’t Do Enough

Kali pertama diagnosed depression was back in 2012. Aku tak pernah malu untuk bagi tau aku ada depression. Tapi pernah satu masa orang ketawa kan aku sampai aku berhenti percaya yang ada orang sebenarnya sedia terima aku apa ada nya.

Aku jadi guarded.

Susah nak berkawan. Banyak cakap terus jadi tak bunyi langsung. Macam biasa, ada hari okay, ada hari bau sambung basuh pun aku susah terima. Ada hari, hujan selebatnya di luar dan itu menjadi trigger.

Agak agak tak jumpa atau tak nampak aku dalam bilik, cari aku bawah meja study atau dalam alarm. 2015 buat aku percaya semula ada orang sedia terima aku. Tapi pernah satu hari, lecturer aku sendiri ketawa kan kawan aku yang ada depression depan aku. Luluh hati aku.

Aku balik rumah tanpa sebarang kata. Terdiam. Setiap kali aku buat sesuatu, aku pastikan akan kata pada diri aku, I don’t do enough. I can do better.

I beat myself up dengan cakap I don’t do enough.

Tuhan, ampun kan aku kerana tidak terima apa ada nya. Referral letter ke HUKM terletak elok atas meja aku. Sebulan dah, tapi aku belum berani untuk ke sana.

Tapi aku tahu, I need the help.

– Zehra –

Berminat untuk menghantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda? Klik di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: