AnxietyDepression

Mental Breakdown!

Saya pernah menulis sebelum ni luahan saya.

Saya penghidap GAD

2 minggu ni, mental saya totally down!

Sepatutnya saya kena jumpa psychiatric bulan 5.
Bulan 4 klinikal

Tapi dua minggu ni, saya tak boleh tidur. Kalau saya tidur mesti terjaga sebab mimpi yang akan menganggu emosi saya. Yang membuat emosi saya jadi sedih.

Kadang saya rasa benci dengan diri saya.

Sebab saya tak boleh tunjukkan perasaan saya yang sebenar kat orang.

Jika saya marah. Saya tak tunjuk yang saya marah. Saya tetap akan tersenyum.

Semalam ada yang triggered saya buat saya depress.

Saya sangat down. Saya sangat rasaa diri ni useless.

Tapi yang sakitnya saya kena pendam seorang diri…saya takut nak menangis depan mak abah. Takut mereka bimbang akan saya.

I’m still smiling even my heart and my mental does not okay 😢

Kenapa tak boleh dengar arahan saya? Saya dah bagi keputusan. Kenapa nak kena langkau hierarchy organisasi.

Walaupun saya muda still kena dengar la. Saya rasa macam saya yang melebih lebih terasa. Hal kecil tapi hal ni betul betul buat saya depress. Menangis. Sedih. Down.

Saya rasa macam ditikam. Saya rasa saya tak boleh percayakan orang. Bila staff bercakap bersembang sesama mereka. Saya rasa mereka bercakap tentang saya.

Saya benci perasaan ni. Walaupun saya dah luah hati tetap rasa sakit.

Kenapa kenapa?

– 🙁 –

Hantar kisah “perjuangan dalam senyap” anda di sini

Komentar FB

Komen

%d bloggers like this: